Pemimpin Masa Depan~

Like It Although U Hate Me~

Tuesday 17 April 2012

Rahsia Di Sebalik Bibir Wanita ~


Bibir wanita penuh dengan tarikan . Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan , terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya .
Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut kita ketahui. 

[Bibir segar dan kemerahan]
::Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan die mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri . Sifat mereka juga terbuka dan periang . Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini dan kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan .

::Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita. Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali . Secara umumnya , wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan . Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya . Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik , selari dengan kecantikan bibir yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki . (

[Bibir yang biru/pucat]
::Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini , cahanya kelihatan kebiruan . Biasanya wanita ini tidak begitu boley diletakkan kepercayaan . Kata-katanya tidak boley dipegang , selalunya bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya . Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya . Jika anda menjadi kekasihnya , anda hendaklah seorang yang boley mengatasi atau mengawalnya . (Sendiri cari sendiri faham la ~ haha ! )

[Bibir yang tipis] 
::Tipis bukan beerti nipis ! (kena ingat tuh...) Wanita yang memiliki bibir yang tipis pada umumnya banyak mulut dan suka berborak hal-hal yang kadangkala boley disifatkan sebagai tidak wajar (kata lainnya "Mulut murai ... amboi amboi amboi~) Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain . Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya . Wanita ini juga mempunya nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya . Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya .

[Bibir yang mungil atau kecil] Comel !!!
::Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki . Selalu mempamerkan gaya keanak-anakkan dan bersifat manja . Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan . Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain , tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan . Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya . Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya . Wanita ini boley diharap menjadi ibu yang baik dan surirumah yang bertanggungjawab . Namun suka merungut dan berleter pot pet pot pet jika tidak mendapat apa yang diingininya . 

[Bibir yang tebal]
::Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat . Sukakan kemesraaan dan kehangatan . Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks . Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya , namun boley juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai . Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura . Jika diamanahkan sesuatu rahsia , dia boley menjaganya dengan baik dan mengunci rapat . (Nak share sesuatu carilah wanita yang macam ni oke ? haha !)

::Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang , kata-kata yang dipuikan/dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya . (bahaya nih =.=") Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama . Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros . Tidak pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak . Jika anda sebagai suaminya , seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya . Jika tidak dia akan QUEEN CONTROL ! hell yeahh ! 

[Bibir sentiasa terbuka/menganga kot :) ] 
::Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks . Dalam soal kerja atau tanggungjawab , mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan . Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya . Optimis dan bermatlamat . 

::Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya . Tidak segan atau malu untuk meminta apa dihajatinya dalam perhubungan . Dia pandai meransang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik . Pandai memanfaatkan keistimewaan diri . 

*Akhir kata penutup kata ending story untuk kamu dan dia , pandai-pandailah pilih pasangan .. Dan yang pastinya "Jodoh itu di tangan Tuhan" kita merancan Tuhan menentukan ... huhuhu ! 

P/s : Bubuyeee~~

No comments:

Post a Comment